17 November 2011

04 make up yang pertama




Menjadi kebiasaan pada hari minggu aku akan tidur lewat. Aku bermain games, atau menonton TV. Pada malam itu aku berada di depan laptop dan melayari internet. Kerana terlalu bosan aku membuka Youtube dan mendengar lagu. Tiba-tiba aku mendapat idea untuk menonton video belajar solekan.


Beberapa video aku buka. Ada yang senang, ada yang susah. Ada satu video yang mengajar solekan ringkas. Cuma foundation, lipstik dan celak. Aku tidak berapa kenal foundation. Tapi aku menulis di atas kertas barang yang diperlukan.




Jam menunjukkan 6.00 pagi. Aku dengar pintu bilik mama dibuka. Mama sudah bangun nampaknya. Biasalah wanita yang sibuk dengan kerjaya. Aku dengar suara mama berborak dengan kak ifa di bawah. Aku mendapat idea.


Perlahan-lahan aku masuk ke bilik mama dan menuju ke meja mekapnya. Banyak alat mekap di situ. Lipstik mama pelbagai warna. Begitu juga celak. Aku ambil satu lipstik berwarna pink, satu celak dan bedak. Sepantas kilat aku kembali ke bilik ku semula.


Aku kunci pintu dan duduk di depan cermin. Aku mula meniru aksi dalam Youtube tadi. Bedak aku ratakan di muka. Muka aku tidak terlalu gelap jadi cukup sedikit olesan saja. Kemudian aku sapu lipstik di bibir. Dan aku hitamkan di sekitar mata dengan celak.


Agak sukar menggunakan celak buat pertama kali. Merah mataku menahan pedih bila sesekali celak itu terbabas ke dalam mata. Kemudian kening aku turuk diwarnakan. Memang muka aku kelihatan sedikit lain. Aku merakam beberapa gambar menggunakan kamera dari telefon bimbit. Walaupun tidak sempurna tapi aku cuba buat yang terbaik. Aku terus melayari internet sampai 10 pagi mencari video yang berguna.


Matahari sudah tinggi. Mata aku mula layu. Aku membersihkan mekap di muka. Nanti ada masa aku akan cuba praktikkan cara mekap yang lain pula. Alat solek mama tadi aku simpan dalam beg sekolah. Mama pasti tidak perasan alatnya hilang kerana dia ada banyak alat solek lagi.


Sambil berbaring aku usap 'dick' aku.
"Hari ni kau cuti sayang..."


Aku tidur dengan rasa gembira.